Friday, January 9, 2009

kerjaya pilihan

Soalan 1) Apakah kerjaya itu?
Soalan 2) Ruang lingkup kerjaya itu?
Soalan 3) Kemahiran khusus? Kemahiran amnya
Soalan 4) Persedian yang perlu dibuat pada masa sekarang?
Soalan 5) Manfaatnya secara peribadi?
Soalan 6) Sumbangan kerjaya pada bagsa dan negara.

Pada dewasa kelak, saya ingin bekerjaya sebagai Ahli Saintis. Saya memelih kerjaya ini kerana saya ingin mempelajari lebih lanjut tentang bumi dan kehidupan alam semesta.

Kerjaya ini memerlukan banyak pemekiran minda. Ini kerana di dunia ini banyak soalan yang belum mempunyai jawapannya. Oleh itu saya harap jikalau saya bekerjaya sebagai shli sains, jawapan-jawapan itu dapat kami mencari dan mempelajari dengan gigih supaya mendapati pengalaman yang berharga untuk dikongsi bersama-sama.

Kemahiran yang saya memerlukan adalah kemahiran
dalam bidang seperti sains dan juga metematik. Walaupun bidang ini agak susah saya harap saya dapat bekerja keras dan meningkatkan prestasi saya dalam bidang yang demikian.

Pada masa kini, persiapan-persiapan yang perlu dibuat adalah belajar dengan teliti. Perkara ini sungguh penting kerana saya harus mendapati ijazah untuk menjadi seorang Ahli Sains yang berkemampuan. Oleh itu saya tidak harus lalai dalam kerja sekolah harian dan berazam kuat untuk mendapati keputusan yang cukup baik.

Manfaat kerjaya ini secara peribadi, mungkin ialah mendapati pengalaman yang amat beharga pada diri saya. Pengalaman ini juga dapat menolong manusia mempelajari dan membuatkan kehidupan kami lebih senang seperti teknologi canggih yang kini sedang berkembang.



No comments: