Mr Bean adalah sebuah perusahan yang maju dan cekap. Pemilik Mr Bean, Encik Kang Puay Seng telah memajukan perusahannya bersama rakan niaganya dan telah membuka kedai pertamanya di People’s Park Food Centre. Kini syarikat Mr Bean menggajikan 420 pekerja dan membuka 50 cawangan di Singapura.
Syarikat Mr Bean telah mengeluarkan beberapa idea yang berinovasi untuk membuat kedai mereka lebih maju dan membezakan syarikat mereka. Beberapa idea ini adalah menjual lempeng ala Jepun yang berperisa macam-macam, biskut Mr Bean dan ais krim kacang soya.
Mr Bean telah mempromosikan jenamanya dengan membuka cawangan di terminal lapangan terbang. Ini dapat menolong syarikat mereka mempromosikannya kepada pelancong di luar negara dan mendapatkan jenama mereka ke taraf dunia. Mr Bean juga telah membuka banyak cawangan di pusat membeli-belah untuk mempromosikan jenamanya.
Mr Bean sekarang menggunakan teknologi tinggi untuk menyiapkan makanan-makanan mereka dan ini memerlukan ongkos yang lebih tinggi. Penyelidikan dan perkembangan(RND) juga telah membantu Mr Bean melancarkan berbagai-bagai inovasi yang menambah pulangan mereka.
Mr Bean pula mendapat sambutan hangat daripada masyarakat di Singapura. Tidak kira remaja ataupun warga tua, meraka saling menikmati makanan-makanan lazat daripada M Bean.
Matlumat dipetik oleh Berita Harian (12 jan 2009)
Saturday, January 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment